Friday, June 29, 2012

Trip to Korea and Vietnam....

Pada 16 jun 2012 aku dan keluarga berkesempatan bercuti pergi Ke Korea . Ini kira pengalaman pertama aku pergi ke negara 4 musim ni. Penerbangan dari KL ke Korea lebih kurang 6 Jam. Kali ni kami  naik Vietnam Airlines dan kami kena transit dulu kat Vietnam baru ke Korea. Kami pergi ke sini menerusi agensi Pelancongan POTO Travel.
Kami sampai ke Korea lebih kurang pada pukul 7 pagi....Masa dekat sini awal satu jam dari Malaysia. Masa kami pergi ni musim panas.. Tapi takdelah panas mana ...Masa kami sampai disini cuaca nya dalam 18-22 darjah celsius jer... Sampai jer kat sini kami terus di bawa melawat ke tempat-tempat menarik di Korea ni.





Bergambar di Airport Korea...Airport kat sini pun cantik dan canggih..

 Nami Island..Korea 


Nami Island atau dikenali sebagai Naminara Republic merupakan salah satu tempat tumpuan pelancongan di Korea  ini. Sebelum ni tengok tempat ni dalam TV jer... Tak silap aku tempat ini menjadi popular selepas drama Korea  Winter Sonata . Pulau ni memang cantik lah... Yang menariknya kat sini susunan pokok2 teratur jer....Cuaca pun best. Masa kami pergi ni kira ramai ler juga org datang kat sini... disebabkan weekand.



Bergambar di Nami Island....Tempat pengambaran Winter Sonata





Sara yang dah penat dan malas berposing.....susah sangat nak bergambar....sbb penat berjalan.



Bergambar kat susunan batu berbentuk hati kat pulau nami ni....kononnya simbolik cinta ..hahaha


YeoJu Premium Outlets

Hari kedua...kami dibawa ke Yeoju Premium Outlets..Kira best ler sbb dapat shopping sikit skit. Barang kat sini pun boleh tahan jugak mahal. kat sini lebih kurang macam KLCC. Banyak barang2 branded...antaranya GAP, adidas, Burberry, Levis dan byk lagi.












EverLand Korea...

Everland ni mcm Disneyland. Memang  best. Kalau pegi kat sini kena spend time lebih kurang 1 hari..Tempat ni besar dan tak habis ronda....nak bergambar semua tempat pun takdan. Mana tak nye kat rose garden je dah dekat sejam berposing.

Nak ke Everland ...kena naik train dulu..nasib baik ada tempat duduk..kalu tak kenalah berdiri


Masa sampai kat sini lebih kurang pukul 1 ptg..cuaca agak panas le jugak...


 kat sini kami semua kena naik kereta kabel utk sampai ke Everland.
Pemandangan kat everland....lebih kurang macam kat Disneyland...tapi bagi suami aku..dia kata best lagi disneyland kat hong Kong berbanding kat sini... Aku pun rasa mcam tu........Tapi sini banyak pokok2 bunga...




Sara posing manja.hehhe











































Jalan...jalan Vietnam




Jalan-jalan ke Delta Mekong.... Naik perahu