Cuti kali ni tak p jauh pun just p makan2 angin kt perlis bawa anak-anak jalan2 dan makan2 tiga hari dua malam kat Putra Brasmana kuala perlis.Cuti untuk penutup bagi tahun 2013..Huhu tak sampai seminggu jer lagi dah nak masuk tahun 2014. Dalam kesibukan bekerja mama dan papa cuba jugak meluangkan masa bawak anak2 jalan-jalan walau pun tak jauh mana.Kalau ada rezeki tahun depan kita pegi becuti tempat jauh sikit.hee.tunggu dan lihat.
Seperti biasa orang yang paling happy bila bawak jalan2 adalah kakak sara. sebut jer pegi bercuti dan dapat tido hotel senyum tu lebar jer. Kami bertolak ke Perlis pada Hari Jumaat. Kira oklah walaupun cuti sekolah jalan takdelah Jem sangat.cuma hotel jer nasib baik booking sehari sebelum datang kat sini sebab tinggal 2 bilik jer lagi yang available.yang lain dan penuh sebab cuti sekolah.
Gaya sara yang suka berposing |
makan malam pekena Lynda Ikan bakar kuala perlis |
Mcm biasa rayyan akan tertidur bile mama santap makanan |
Rayyan dah bangun..tapi mama x abis makan lagi |
Berposing kat depan kedai ikan bakar |
Hari kedua di perlis ialah bawak anak2 pegi taman ular.oklah untuk santai2
Mula-mula si sara takut.. tp lama2 ok.si rayyan ok jer takde perasaan.hee
Posing ngan ular.huhu..geli gak.si sara ajak bergambar time ni tak nak pulak sbb takut2.tepaksalah berposing sorang2.
Petang pulak kami p pekena laksa kak su kat kuala perlis.famous lah kedai ni sbb ari tu tgk jln2 cari mkn tunjuk laksa best kat perlis.apa lg kami pun try ler p sana.yg bestnyer laksa tu laksa beras yg dibuat sendiri di situ.
Malamnyer..kami try survey ikan bakar kat kedai lain pylak..pilihan kalu ni ialah kat kedai ikan bakar rohani.kali ni jugak kami try ketam masak rempah, lala masak cili, ikan kembung bakar dan sotong goreng tepung.oklah jugak kedai ni.bestlah jugak..kalu sape2 nk mai perlis boleh ler singgah kat sini.sbb best.ketam dia belemak rasa dia.nak jd kan citer masa baru jer order si rayyan buang air besarlah pulak tepaksalah papa bawak balik rayyan kat hotel p cuci.sementara cuti mama ngan sara santap dululah nmpknyer..hee
Sara tgh menunggu sotong dia |
Hari ketiga...dah nk balik dah...sebelum balik kami singgah kat ladang anggur.kalu nk petik harga dia rm40 sekilo..mahal gak tu.heee.
Baby tua yang nk berdukung sbb tak sampai nk pegang anggur |