Monday, January 20, 2014

Sabah...2014

Alhamdulillah trip kali ni utk tahun baru bawak anak-anak p jalan-jalan Sabah pulak. Kali ni pegi ngan Mil dan sedara mara belah suami.Seronok lah jugak sebab aku dan anak-anak tak penah lagi jejak kaki kat Sabah ni cuma papa jer yang dah penah pegi Sabah. Kira papa ni dah berpengalaman bawak kami jalan-jalan dan makan-makan kat sini.percutian ni 4 hari 3 malam. 3 hari di Kota Kinabalu dan satu malam tidur di Kundasang Sabah. Si Rayyan yang first time naik flight meragam lah pulak....berbeza ngan kakak masa kecik dulu2 yang senang nak jer handle dalam kapal terbang. Sajer jer si Rayyan ni nak uji mama ngan papa supaya tak tido sepanjang perjalanan.huhu..Perjalanan dalam 2 jam setengah..huhu penat melayan si Rayyan yang tak duduk diam dan melalak bising.hee

Sempat lagi berposing kat KLIA.mama ler tukang dukung sbb papa nak kena tolak beg .

Kakak yang ceria..mula mula seronok sebab atas flight pramugari tu bagi mainan kononnyer supaya dia tak bosan..tapi sebab kejer dok menunduk2 main sorang2 akhirnya termuntah atas flight. Huuhu nasib baik bawak baju spare.

Akhirnya sampai jugak ker destinasi. Rupanya kat sabah ni ada dua lapangan terbang. kalau naik MAS memang airport khas dia utk MAS ajer dan kalu naik Air asia Airport dia yang lain pulak. Pemandu pelancong yang bawak kami -pun ada cerita yang ada org yang dtg sini hanya bagitau driver teksi nak ker airport....rupanya salah airport dan tak semena-mena tertinggal flight.

Hari pertama hanya rehat dan lepak2 kat kawasan apartment saja. Lagipun masa first day sampai hari hujan lebat. So hari kedua baru start shopping mutiara utk ole-ole kawan kawan dan mak ku. memang giler dok dalam kedai ni sajer. Kat sini papa bawak pegi kedai Jamilah sbb sebelum ni papa pernah datang Sabah dan papa kata mutiara kat sini cantik sbb dia org bela sendiri mutiara tu. Harga boleh tahan jugaklah...tapi suami aku cakap mutiara dia bagus.hehe.aku kalau bab shopping memang suka sgt. Terima kasih si suami sbb paham kegemaran mama yg suka membeli ni dan tolong jaga si Rayyan masa mama memilih brooch. masuk kedai ni sajer rasa dan nipis purse belum pegi pasar filipina  lagi. Papa kata kat sana pun ada gak mutiara. si sara pun pandai lah pulak mintak gelang utk dia dan belikan utk kawan baik Nani satu


kat kedai Jamilah ni semua ada. dia ikut gred lah.. lagi mahal lagi bagus kualiti dia. Cincin mutiara banyak tapi nak cari saiz kecik tu susah sikit sbb kebanyakan nyer saiz besar-besar. kebetulan pulak masa kami pegi kat kedai ni ada sale sampai 50%. kira oklah.

Habis membeli di Jamilah..Kami jalan kaki jer pegi ke Pasar Filipin . sbb tak jauh dari sini. Kebetulan jugak papa memang ambil apartment yang dekat dengan kedai2 iaitu Marina Court yg memnag terletak dalam bandar KK. Memang senang jelah nak jalan2 kat KK ni. Sampai minyak sewa kereta yang kami isi tak habis-habis sbb dekat sangat naik kereta.Masa mama shopping keje utama papa macam biasa menjaga anak. Si sara senang jer nak jaga sbb tak payar berdukung. Sara pulak kalau ader adik ipar aku memang dia jalan ngan makcik dia tu. hee senang ler sikit kami.


Kinabalu Park
Add caption















KIRAMS VILLAGE di Kundasang.....







Bergambar di Kirams village berlatarbelangkan Gunung Kinabalu
Jambatan Tamparuli






 Rumah Terbalik