Wednesday, May 30, 2012

Pekena nasi kandar beratur lagi.....

Disebabkan aku memang suka sgt makan nasi kandar...apa lagi...aku ajak le suami aku p pekena nasi kandar beratur lagi. tak tau le dia letak apa...sampaikan aku rasa nak makan lagi kat sana. Kali ni masa kami pergi orang takdelah ramai orang beratur macam yang sebelum ni. Kira beratur tak panjanglah...dan selesa lah jugak sbb org tak ramai dan tempat pun cukup.Dapat le menikmati nasi dengan tenang...hehehe. 
Seperti kebiasaan kalau nak makan kat nasi kandar beratur ni kenalah pegi lepas pukul 10 malam. Kalau nak makan sini biasanya kena alas perut malan benda lain dulu sementara nak tunggu pukul 10 malam. Kalau pegi sini masalah nyer si sara le time-time macam ni dia dah mengantok. Disebabkan mama dia nak makan sanggup dia bersengkang mata.
Kali ni sebab tak ramai orang boleh le aku ambil gambar dekat sikit lauk-lauk yang ada kat sini. Tapi yang paling aku suka ialah ayam goreng,sotong, bendi dan kuah campur dia yang aku rasa memang betul-betul sedap. Rata-rata kawan-kawan suami dan aku dah try makan kat sini. Komen dia orang kira sedaplah.Kelainan sikit masa kami pegi makan  kali ni ialah pakai t-shirt sama termasuklah puteri aku si sara. hehe...T-shirt yang  papa beli masa pegi Sabah.


Papa memang kalu datang sini..selalunya ambil lauk daging gulai dan telur bawang. Nampak bestlah jugak. Kesian kat sara sebab dia tak suka sangat makan nasi kandar. walaupun ambil nasi sara tanpa kuah...selalunya aku ambil nasi putih dan ayam goreng untuk sara....dia macam tak lalu jer makan..sebab mengantok agaknya. pastu sibuk nak balik rumah.heheh

Sara dengan muka masam nyer ..sebab ngantok. Yelah malam-malam buta pegi makan. Kalau di ikutkan tak baik untuk kesihatan makan malam-malam ni..tapi nak buat macam mana sebab dah suka bantai jer.Lagipun malam jer bukak kedai ni.


Sebab sara bad mood terpaksa ler pujuk dia. dan jalan terbaik bagi dia ok ialah suruh dia tolong bayarkan kat mamak kedai ni. Oklah sikit. Dia nampak jugak rasa seronok tolong bayarkan.
























Lauk kegemaranku...sotong..Best sangat.Memang terbaik....























Harga pun ok jugak lah.....kira rate normal ler untuk nasi kandar.

Tuesday, May 22, 2012

Trip to Pulau Langkawi....


Dah lama dah tak pegi langkawi. Last pegi masa belajar kat sintok dulu.Akhirnya weekend ari tu selamat gak kita org satu keluarga bercuti kat sana. Asalnyer tak plan pun...tapi memikirkan tak tau nak kemana..so kira jadilah kita org pegi bercuti kat sana. Seronok tak kira si Sara bila kata nak pi jalan-jalan Langkawi. Soalan pertama anak dara aku ni "kita tido hotel tak mama?.apa yg syok sgt tido hotel ntah.he.
Aku pegi Langkawi naik Jeti Kat Kuala Perlis. Nasib baik ada kakak angkat kat sana yg baik hati tumpangkan kete aku kat rumah dia. So tak risau sgt lah kete aku lama-lama tinggal kat jeti. selamat pun kira selamat sbb ader org jaga.

Sara antara budak yg seronok dok dalam feri. Mama ngan papa mengantok...tapi dia still aktif. Alhamdulillah...Nasib baik budak kecik ni tak mabuk laut.risaulah jugak. Walau macam manapun papa dia still bersiap sedia ngan plastik takut sara muntah.


Mulanya ingat nak tido semalam jer..alih-alih kami ubah plan lak bila sampai kat kuala perlis. Fikir-fikir
alang-alang sehari baik kami tido dua malam, lagipun aku dan suami cuti hari isnin depan. Kakak angkat aku pun cadang kami dok sana lama sikit.lamalah sikit boleh jalan.Cuma baju jerlah aku tak spare banyak..risau pampers sara tak cukup.Nasib baik tegerak hati nak bawak jugak baju lebih dan pampers lebih utk sara.hehe.kira jadilah.
Aku amik feri pukul 1.30. Sementara tunggu feri tu sempat jugaklah kakak angkat aku dan suami dia bawak kami masuk muzium kayang.Seronok lah jugak.Sempat gak lah berposing kat situ.

Gambar kat dalam Muzium Kayang, Perlis.(Sementara tunggu feri).Patung dalam gambar ni macam org betul.takut gak. hehe. Patung ni menggambarkan cara org dulu-dulu buat keris.

Lebih kurang pukul 2.30 kami akhirnya sampai lah ke pulau Langkawi. Cuaca boleh tahan panas jugaklah. Kat sini kami sewa kete wira.Mulanya masa kat jeti kuala perlis agen tu bgtau boleh dapat viva kat sana. Alih-alih bila sampai sana org kat kete sewa tu bagitau viva dah takde...tinggal wira jer. Rate yg dia bagi RM100 utk dua hari.kira oklah lepas menawar harga, kalau tak kena RM60 sehari. Kira boleh lah kami jalan2 kat sini.
 
Gambar papa ngan sara posing kat kete sewa.(PFK5093).

Kat sini kami tido kat Azio Hotel.Kira hotel ni oklah. Harga berpatutan dan cantik jugaklah. Yang penting dia kat pekan Kuah.So kira senanglah kami nak cari tempat makan. Lagipun kat bawah hotel ni pun ada kedai makan. Dan yang best tu jugak bawah hotel ni ada kedai Azio Duty Free . Coklat kat sini pun murah gak.
.
Hari pertama kami kat sini kami sempat melawat Langkawi Bird Paradise, WildLife Park. Kat Jalan Air Hangat,Langkawi. Kira oklah tempat ni. Kalau tak silap aku tempat ni dibuka pukul 8.30-6.30 ptg dgn tiket RM12 seorang.  Apa yang bestnyer kat taman hidupan liar ni ialah kita boleh bagi makan binatang2 yg ader kat sini. Masa kat pintu masuk tu dia ader jual makanan utk setiap binatang kat sini. RM 6 utk semua makanan. Yang paling seronok si saralah. Bukan main suka dia dapat bagi burung bangau makan. Semua binatang kita boleh suapkan makan spt burung, monyet, tupai,kancil,Raccoon,ikan,burung unta dan banyak lagi.


Gambar Papa dan mama bagi makan kacang kat Raccoon.

Seronoknyer dapat bagi makan kat binatang ni.Tapi, gelilah jugak tapak tangan bila si raccoon ni kuis kacang kat tangan aku ni.he. Mulanya tak tau macam mana nak bagi binatang ni makan..Ingatkan letak jer kat lubang tangan dia tu. Nasib baik kebetulan ada makcik yang keje kat sini bagitau boleh letak atas tapak tangan sbb binatang ni tak menggigit. Mulanya cuak le jugak..tapi lama-lama seronok pulak. Si raccoon ni comel sbb dia try ambil kacang kat tapak tangan aku ni guna dua-dua tangan dia.

Sara pun seronok dapat bagi burung bangau makan. Sampai tetumpah2 makanan burung tu si kecik ni lempar.
Ini antara aktiviti yang sara paling suka. Mungkin sbb sara tak takut kot. Cuma lempar jer makanan kat burung bangau ni.

Papa ngan mama tak melepaskan peluang berposing.Sara mana?
Sara pun nak posing ngan papa ngan mama jugak. Comel sara buat-buat senyum. Macam tak ikhlas jer sara

Burung kakak tua yang jinak ...seronok si kakak tua ni dapat makan kuaci
Kebetulan malam yang kami sampai tu rupanya ada pasar malam berdepan ngan hotel ni .kira oklah.bolehlah jalan2 cari makanan apa yg menarik kat sini.
Banyak jugak makanan yg ader kat pasar malam ni..Si sara dah penat nak ronda pasar malam ..terpaksalah papa dia dukung.


Kat depan pasar malam ni ader byk gak gerai makan. So suami aku ambil keputusan nak tapau apam balik dan sate dan kat gerai kat situ gak. Sementara tunggu papa dia tapau..sara punyalah mengantuk tunggu order nasi goreng kat situ. Siap bad mood lagi


Sara ngan muka masam mengantuk...yelah sbb tak tido siang..syok sangat bagi burung makan. Ni tengah tunggu makanan sampai.
Walau ngantok...masih boleh bagi posing terbaik.

Makan satay ....beli kat pasar malam. Lapar rupanya anak aku ni. 


Oklah jugak nasi goreng ikan masin kat sini. boleh tahan le rasa dia.


Sara seronok.....tgk pinggan mangkuk....Orang kata kalau nak beli pinggan mangkuk datang le kat langkawi. Bayak jugak le tempat yang kami survey kat sini. rata-rata harga dia lebih kurang sama jer. Kat Azio duty free pun ada gak pinggan mangkuk. Tapi yang paling best pegi tentulah Idaman Suri. sempat le jugak beli vision n corning ware. Kalu nak beli kat Penang mahal.alang-alang datang baik beli. Yang teruk papalah kena angkut naik feri.heeee.
Bergambar kat Azio Duty Free. Kat langkawi ni ...memang syok shopping pinggan mangkuk..Corning ware,vision memang murah.. Duit jer tak berapa nak ada.
Gambar Minyak Gamat yang belum di packing.
Hari kedua kami sajer try nak tido kat area Pantai Cenang. Konon nyer nak bagi anak main pantai. Kira dekat ler sikit. Masa on the way nak ke Pantai Cenang ni sempat ler jugak singgah kat Kedai Minyak Gamat Nusantara. Belilah jugak sikit minyak gamat buat ole-ole jiran kat rumah.

Bergambar ngan Minyak Gamat besar.Sara malu-malu pulak nak posing


Under Water World...Langkawi
Masa kat sini..tak lengkap kalu tak pegi under water world. Si sara ni penggemar ikan.kira seronok le dia dpt tgk2 ikan besar. aku pun dah kira lama tak pegi sini. kira oklah.cuma rasa tak byk ikan cam masa dulu.
Apa-apapun boleh lah.


Pantai Cenang.....Langkawi
Hari kedua....Dapat le bawak anak main tepi pantai. hotel yang kami duduk pada hari kedua ni mengadap pantai. Oklah.Jalan kaki jer ke pantai . Sara seronok menjerit-jerit seronok main air








Hari ketiga...Hari terakhir kat langkawi. hari last ni lah kami terpaksa beli beg sbb nak angkut barang banyak.Yelah dengan sara lagi..macam mana nak bawak pinggan mangkuk dan coklat yg dibeli. Terpaksa cari beg. Lagipun kat sini beg murah.

 Dah..nak balik..Gambar kenang-kenangan dalam Feri.