* Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup sekadar dicelup dan angkat beberapa kali
* Cucian kering berfungsi mematikan pigmen warna pada sutera.
Walaupun ia tidak luntur sekiranya dibasuh sendiri, sebagai langkah penjagaan, elok kiranya
dilakukan cucian kering.
* Untuk cucian kali kedua dan seterusnya, gunakan bahan pencuci bersifat lembut.
* Jangan berus atau tenyeh tudung berkenaan. Memadai jika anda mengepal lembut dan
celup dua tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
* Tudung boleh dijemur di kawasan teduh.
* Tidak perlu digosok.
* Cara melipat tudung juga perlu betul. Jangan sekali-kali melipat bahagian atas tudung
kerana jika terlipat, ia tidak akan menjadi sempurna bila dipakai.
* Sebaik-baiknya, cara menyimpan tudung dengan mengulung secara longgar