Monday, March 14, 2011

Apa itu tonsillitis?

Sekadar berkongsi maklumat mengenai sakit tonsil. Minggu lepas aku baru jer diserang tonsillitis. sakitner nak bercakap dan menelan. Pada mulanya aku ingat kena bengkak cantik, tapi bila jumpa doktor, doktor kata aku diserang  tonsilitis.(hehe..rupanya bengkak tak cantik). Sakitnyer tuhan yang tahu.sehinggakan nak tidurpun tak boleh. Sebabkan terlalu sakit dua kali aku ke klinik kerana sakitnya menjadi-jadi. Akhirnya doktor di klinik ni menyarankan aku utk pergi merujuk pakar  jika sakitku berlarutan. Dek kerana 3 hari aku masih lagi sakit menelan aku akhirnya pergi gak jumpa  doktor pakar (Head&Neck Surgeon) di KPJ. Alhamdulillah dgn izin allah setelah berjumpa dgn doktor pakar dan makan ubat penyakit ni akhirnyer sembuh.


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Tonsillitis?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptoccocus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah






Antara gejala radang tonsil ialah:
1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit ketika menelan
3. Demam yang kadang-kadang sgt tinggi
4. Sakit kepala dan sengal-sengal badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher

No comments:

Post a Comment