“Walaupun sibuk, sekurang-kurangnya seminggu sekali, bawalah anak keluar bersantai. Ke taman permainan misalnya. Barulah anak rasa gembira. Tidaklah asyik terperuk di rumah. Selain itu, sekali sekala, berilah anak hadiah. Hadiah tidak semestinya yang mahal, sekotak kecil kismis pun boleh dijadikan hadiah. Seperti orang dewasa, kanak-kanak akan rasa gembira setiap kali dapat hadiah lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut dia dapat setelah melakukan perkara yang baik. Misalnya, kita beri dia hadiah selepas dia berjaya berkelakuan baik ketika bertandang ke rumah saudara mara.”
Tip Menangi Hati Si Kecil!
* Pujilah anak selalu agar dia sentiasa rasa gembira.
* Beri tumpuan ketika anak bercakap walaupun bahasanya kurang difahami.
* Jangan marahkan anak atas kesalahan yang dia tidak buat.
* Selidik dahulu perkara sebenar.
* Sentiasa maafkan anak kerana kanak-kanak sedang membesar sering melakukan
pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa.

* Jangan paksa anak melakukan aktiviti yang dia tidak gemari.
* Jadilah rakan karib kepada anak-anak
* Berikan sokongan padu dalam setiap aktiviti yang anak lakukan.
Jika berjanji, jangan mungkiri.
* Jadilah rakan karib kepada anak-anak
* Berikan sokongan padu dalam setiap aktiviti yang anak lakukan.
Jika berjanji, jangan mungkiri.
No comments:
Post a Comment