Thursday, November 24, 2011

Moussaka Daging



Moussaka merupakan makanan khas daerah Mediterania.
Bahan utama Moussaka ialah ubi kentang, terung dan tomato. Ditambahkan pula daging cincang dan keju. Teksturnya yang lembut dan rasa khas dari terung bersama daging, begitu menggugat selera. Bentuknya hampir menyerupai pizza
Moussaka terdiri dari enam lapis. Lapisan bawah terdiri dari daging cincang yang dimasak dengan bawang besar, bawang putih, dan rempah-rempah (jintan putih, oregano, thyme dan lada hitam).lapisan kedua terdiri daripada ubi kentang goreng, lapisan ketiga terung, lapisan keempat lada hijau (capsicum),lapisan kelima tomato dan lapisan paling atas adalah keju.
kepada sesiapa yg berminat dan nak mencuba masak moussaka ni..bolehlah mencuba resepi Moussaka (Chef Wan) ni....

Resepi Moussaka Daging Lembu (Chef Wan)
Bahan2
4 biji terung bulat yang besar, dihiris 1cm tebal
tepung gandum
minyak masak untuk menggoreng terendam
3 biji ubi kentang yang besar, dikupas dan dihiris-hiris 2 cm tebal
60 ml ¼ cawan minyak masak
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
1 sudu besar bawang putih yang dikupas dan ditumbuk
500gm daging lembu cincang tampa lemak
1 sudu teh jintan putih/halus serbuk
1 tin(411gram) tomato plam Itali, dihancurkan
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar hirisan herba oregano segar
1 sudu teh lada hitam serbuk
1 sudu teh gula
1 biji lada benggala hijau, hiris2
Sos Berchamel*
85 gram ¾ cawa keju Pamesan parut

Cara
· Atur terung dalam satu lapis diatas dulang pembakar dan tabur sedikit garam keatasnya. Ketepikan selama 10 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya.

· Keringkan terung dengan kertas tuala dapur, tabur sedikit tepung gandum keatas dangoreng terendam dengan minyak masak sehingga kuning keemasan. Ketepikan.

· Didalam minyak yang sama goreng ubi kentang sehingga lembut. Tuskan dan ketepikan.

· Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik baunya. Tamba daging, jintan agak keperang2an sebelum menambah tomato dan tomato puri. Masukkan herba2 thyme dan oregano dan renihkan sehingga kuah menjadi pekat.

· Bakar didalam ketuhar/oven yang sudah dipanaskan pada 180C/350F selama 40 minit sehingga maussaka mula berbuih dan bahagian atasnya kuning keemasaan
.


SOS BECHAMEL

Bahan-bahannya

55gm ¼ cawan mentega
30g ¼ cawan tepung gandum
500ml/ 2 cawa susu panas
½ sudu teh buah pala serbuk
garam lada hitam yang baru kisar

Cara

· Cairkan mentega didalam kuali panas, masukkan tepung gandum dan kacau cepat2 selamat 1 minit. Tambahsusu panas sambil mengacau diikuti dengan buah pala.renihkan sehingga sos memekat.

·Panaskan dengan garam lada hitam.

Tuesday, October 18, 2011

 Trip to Bandung, Indonesia........























Tangkuban Perahu, Bandung

Kalau pergi ke Bandung jangan lupa singgah ke Gunung Tangkuban Perahu. Ia merupakan salah satu tempat yg menarik di  kota Bandung. Asal mula terjadinya gunung ini dikisahkan dalam legenda rakyat yang terkenal yaitu kisah Sangkuriang. Gunung ini memiliki tiga kawah yang terkenal. Kita boleh melihat betapa cantiknya kawah ni. Cuaca di disini juga pun sejuk macam kat Cameron highland.
Kat atas gunung ni ada banyak cendarahati yang boleh kita beli. Ada gerai menjual t-shirt,Key-chain, tasbih dan sebagainya utk dijadikan ole-ole dari bandung. Selain gerai kat atas gunung Tangkuban Perahu ni ada ramai jugak penjaja jalanan yang akan mengikuti kita sambil menjual barang. Pandai-pandailah kita menjawab kalu tak nak beli, kalau tak sampai sudah dia org akan ikut kita untuk menjual barang.

Gambar kenanag-kenangan aku, suami dan anak melalui pemandanagn dari  atas Gunung Tangkuban Perahu....Walau pun kawah gunung berapi ni sudah tidak aktif lagi , tapi kita tetap dapat melihat asap-asap berterbangan di dalam kawah ini.



Kampung Daun Culture Gallery & Cafe

Kampung Daun Culture gallery cafe merupakan salah satu tempat tempat makan yang menarik di Bandung. . 

Perjalanan menuju kampung daun ini membuatkan  anda berasa seolah-olah memasuki hutan misteri ini. 

Tempat makan ini bersuasanakan kampung. Memang sesuai untuk menenangkan fikiran dan berehat sambil makan.

Antara menu yang terdapat disini adalah seperi Nasi Goreng   Kampung Daun. 

Nasi ini dihidangkan di dalam kuali kecil dan diletakkan di dalam tampi serti dulang dengan sambal, telur goreng, acar timun dan juga satay ayam.


Gambar pemandangan di sekitar Kampung Daun Cafe. Memang betul2 real macam suasana di kampung. Kawasan kat sini memang redup ngan pokok-pokok yang cantik...memang betul0betul merehatkan minda.


Bandung Factory eksklusif berbelanja....... di Rumah Mode

Bandung ni dikenali dengan syurga untuk shopping..Antara tempat shopping yang best kat sini adalah Rumah Mode. Rumah Mode ni adalah merupakan Bandung Factory eksklusif di Bandung, Indonesia.

Rumah Mode. Baju dan seluar yang dijual kat sini agak murah kalau nak di banding kan dengan shopping mall or butik kat Malaysia.....murah banyakkkkk...so, ok jer kalau nak memborong kat sini. mostly baju2 ladies kat sana...cutting sumer comel2 belaka. Baju baby pun cantik2 gak.

Tuesday, April 19, 2011

Penang Char kway teow

Suami ku adalah penggemar utama Char kway teow. Char Kway teow adalah merupakan makanan yang popular di sekitar Penang. Ia diperbuat daripada kway teow((shāhé fěn dalam Mandarin) leper dan kira-kira 1 cm lebar digoreng di atas api panas dengan kicap sos, cili, udang, kerang,telur,tauge dan kucai cina. Char kway teow Ikmal adalah antara yang paling sedap kami makan. Gerai ni lokasinya di dalam pasar besar Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Di sini saya sertakan resepi char kway teow.....Selamat Mencuba
3 ekor udang saiz sederhana/besar
8-12 ekor kerang yang telah dibersihakan
1 - 1 1/4 sudu besar cili giling/cili boh (nak pedas tambahkan lagi)
1 sudu besar sos ikan(kicap ikan cap sotong)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sesame oil
1 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih
1/2 ulas bawang merah
sedikit kuchai
taugeh
keow teow untuk satu orang makan.
1 biji tekul
sedikit air

Cara memasaknya...

1) Mula2 panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang tersebut selama 1 -1/2 minit

2) Angkat udang tersebut dan buangkan minyak tersebut dan tinggalkan lebih kurang 1 sudu besar sahaja untuk menggoreng.

3) Masukkan 1 ulas bawang putih dan 1/2 ulas bawang merah yang telah di tumbuk ke dlm kuali yg telah panas

4) Masukkan 1 - 1 1/4 cili giling bersama kerang tadi

5) Panaskan selama 30-40 saat

6) Masukkan keow teow dan masukkan sedikit air agar dia tidak kering

7) Panaskan selama 15-20 saat

8) Masukkan sos tiram, sos ikan, sesame oil dan sedikit kicap manis(kalau suka yang pedas tak payah masuk) dan panaskan selama 15-20 saat lagi.

9) Kemudian pecahkan telur dan masukkan daun kucai dan gorengkan sekitar 15 saat lagi. Akhir sekali masukkan taugeh dan panaskan selama 10 -15 saat dan kemudian boleh di hidangkan.

Tips :- Jika sesiapa yang ingin char keow teow lebih berkuah...masukkan sedikit air ketika proses no 8

Sukatan ni cuma untuk satu orang makan sahaja. Jika anda ingin hidangkan kepada 5 orang...bermakna anda perlu menggorengnya sebanyak 5 kali. Bukan tak boleh gorengkan serentak...cuma rasanya pasti tidak sama.

Monday, April 18, 2011

Bismillah Enam

Amallah membaca Bismillah Enam ini....
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Tuesday, April 5, 2011

Bebas BPA

Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

Kesan Terhadap Kesihatan
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.

Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Faktor Pengaruhi Larut Resap BPA ke dalam Makanan
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya, kepanasan (api dan matahari), calar dan pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci).

Pengkaji dari University of Cincinnati melaporkan, pendedahan terhadap air menggelegak menyebabkan botol polikarbonat melepaskan bisfenol A (BPA) sehingga 55 kali ganda lebih cepat berbanding ia terdedah kepada air sejuk atau air suam (air kosong).

Tip Mengelakkan BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:

1. Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
2. Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
3. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
4. Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
5. Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
6. Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

Tip Elak BPA ke Botol Susu Polikarbonat
1. Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
2. Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
3. Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
4. Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.

Friday, March 18, 2011

Tip Petua Penjagaan Tudung














*   Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup sekadar dicelup dan angkat beberapa kali
*  Cucian kering berfungsi mematikan pigmen warna pada sutera.
     Walaupun ia tidak luntur sekiranya dibasuh sendiri, sebagai langkah penjagaan, elok kiranya  
     dilakukan cucian kering.
*  Untuk cucian kali kedua dan seterusnya, gunakan bahan pencuci bersifat lembut.
*  Jangan berus atau tenyeh tudung berkenaan. Memadai jika anda mengepal lembut dan
    celup dua tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
*  Tudung boleh dijemur di kawasan teduh.
*  Tidak perlu digosok.
*  Cara melipat tudung juga perlu betul. Jangan sekali-kali melipat bahagian atas tudung
    kerana jika terlipat, ia tidak akan menjadi sempurna bila dipakai.
*  Sebaik-baiknya, cara menyimpan tudung dengan mengulung secara longgar

Tip Menangi Hati Si Kecil!

“Walaupun sibuk, sekurang-kurangnya seminggu sekali, bawalah anak keluar bersantai. Ke taman permainan misalnya. Barulah anak rasa gembira. Tidaklah asyik terperuk di rumah. Selain itu, sekali sekala, berilah anak hadiah. Hadiah tidak semestinya yang mahal, sekotak kecil kismis pun boleh dijadikan hadiah. Seperti orang dewasa, kanak-kanak akan rasa gembira setiap kali dapat hadiah lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut dia dapat setelah melakukan perkara yang baik. Misalnya, kita beri dia hadiah selepas dia berjaya berkelakuan baik ketika bertandang ke rumah saudara mara.”

Tip Menangi Hati Si Kecil!

*  Pujilah anak selalu agar dia sentiasa rasa gembira.
*  Beri tumpuan ketika anak bercakap walaupun bahasanya kurang difahami.
*  Jangan marahkan anak atas kesalahan yang dia tidak buat.
*  Selidik dahulu perkara sebenar.
*  Sentiasa maafkan anak kerana kanak-kanak sedang membesar sering melakukan
     pelbagai perkara yang boleh menimbulkan kemarahan ibu bapa.
*  Jangan paksa anak melakukan aktiviti yang dia tidak gemari.
*  Jadilah rakan karib kepada anak-anak
*  Berikan sokongan padu dalam setiap aktiviti yang anak lakukan.
    Jika berjanji, jangan mungkiri.

Monday, March 14, 2011

Sara oh sara....dah besar dah anak dara ni..

Sara berposing jadi model johnson kat jusco.He..he. rasa macam dah besar dah anak dara aku ni bila aku tengok gambar ni. Masa tengah amik gambar ni sara tengah demam n sakit mulut.Suhu badan dia 38'c tapi masih lagi aktif n nak p main bowling kat jusco.dalam dok sakit2 ni boleh gak posing kat abg camera man kt jusco ni.sara..sara.

Apa itu tonsillitis?

Sekadar berkongsi maklumat mengenai sakit tonsil. Minggu lepas aku baru jer diserang tonsillitis. sakitner nak bercakap dan menelan. Pada mulanya aku ingat kena bengkak cantik, tapi bila jumpa doktor, doktor kata aku diserang  tonsilitis.(hehe..rupanya bengkak tak cantik). Sakitnyer tuhan yang tahu.sehinggakan nak tidurpun tak boleh. Sebabkan terlalu sakit dua kali aku ke klinik kerana sakitnya menjadi-jadi. Akhirnya doktor di klinik ni menyarankan aku utk pergi merujuk pakar  jika sakitku berlarutan. Dek kerana 3 hari aku masih lagi sakit menelan aku akhirnya pergi gak jumpa  doktor pakar (Head&Neck Surgeon) di KPJ. Alhamdulillah dgn izin allah setelah berjumpa dgn doktor pakar dan makan ubat penyakit ni akhirnyer sembuh.


Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Tonsillitis?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptoccocus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah






Antara gejala radang tonsil ialah:
1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit ketika menelan
3. Demam yang kadang-kadang sgt tinggi
4. Sakit kepala dan sengal-sengal badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher

happy anniversary ke..3 (7/3/2011)

happy anniversary ke..3. he..he...Pejam celik-pejam celik rupanya dah 3 tahun kami kawin.sekejap jer masa berlalu .umurpun makin meningkat.

Wednesday, February 23, 2011

Jom makan colek......eeem Sedap


Jom makan colek.... tak taulah betul ke tidak nak panggil makanan ni colek..lupa lak nak tanyer kat makcik yg jual makanan ni. Gerai makanan ni saya singgah kat Rantau Panjang, Kelantan. Tapi benda ni memang best... Cara masakan dia aderlah dgn membakarnya mcm satay dan di cicah dgn sos cili yang buat sendiri. Makanan ni dicucuk dengan lidi.Ada sosej, bebola ikan, bebola sayur, ketam, sotong n macam-macam lagi.Pendek kata best ler sampai kami p makan lagi sekali keesokan harinyer masa cuti raya cina hari tu.

Tuesday, February 22, 2011

Trip to Hong Kong

Sara demam masa kami p Hong kong tahun lepas. Punyerlah x syok rasanyer. Demam dia tinggi giler sampai 39'c. Nak p jalan pun x best sbb risaukan dia.

Online Games .....Fisher price

game...game...game....skrg ni tiap2 hari sara mintak nak main game ABC 's Zoo Leaning..Bukan main   suka dia bila dpt main game ni.Siap tiru buat bunyi binatang...

Setahun dah berlalu.....

Besday sara masa umur dia satu tahun....masa cepat berlalu ...hari isnin 28/2 ni sara akan sambut besday 2 tahun.Dah besor dah minah nie.

Bengkel Penulisan Blog

belajo blog ngan Pakkiu Adnan 2 hari @ UIDM